Jumaat, 11 September 2015

Novel : Diari Kita Part 1


Tajuk Novel : Diari Kita Vol 1
Nama Pena : Aisyah Sofiah
Email : aisy7928@yahoo.com




EPISOD 1

Hujan turun dengan lebatnya di kawasan perlindungan kami. Guruh berdetum sambung menyambung menyembah bumi. Aku berlari lari anak menuju ke tempat perlindungan mangsa tsunami.

"Burrrphh..tak dapek la nak menolong..baju ni aku lupus jadi kain lap kaki." - aku berkata dengan nada mengeluh.

Baju kesayangan aku sejak dari zaman sekolah menengah lagi pemberian adik yang aku kasihi, Khairiah, terkoyak akibat berebut rebut makanan tadi. Baju t-shirt lengan pendek berwarna hitam berlogo superman kesayangan aku ini dah terkoyak dek kerana keadaan riuh di tempat mengambil makanan di dewan tadi. 

"Bang Zul, ada barang tak..? Apa dapat..?" - tanya Adi.

"Apa barang yang kau nak..aku tak ada rokok..?" - kata aku marah kepada budak ini.

"Bang aku tak isap rokok. Aku nak cip kad..game bang tolong.." - kata Adi dengan nada kesian.

"Lahanat, ko nak game apa..? Aku kata ko pergi mandi..sembahyang..Insyak pukul berapa..?" - kata Zulkarnaen dengan nada marah.

"Bang..aku tanya sikit je pun..tu pun nak marah..aku nak sembahyang dengan ko bang..ko jadi imam.." - kata Adi memujuk.

"Aku dah sembahyang..ko pergi...sekarang..!!" - kata aku marah.

"Baik bang..aku patuh.." - katanya sinis.

Aku lalu pergi ke shelter Khairiah melihat keadaannya. Petang tadi katanya Khairiah kurang sihat. Virus batuk kering semakin menjadi jadi sejak kerajaan mengumumkan darurat di tanah melayu.

Sekarang sudah tahun 2025, zaman pemerintahan kerajaan tentera. Jepun telah mara menyerang asia tenggara sejak konflik perang minyak antara asia dengan negara barat. 

Tanah melayu menjadi mangsa pertelingkahan antara kerajaan ini. Ramai rakyat telah berhijrah ke Australia kerana krisis minyak berlarutan sehingga ke hari ini. Aku tidak terkecuali terpaksa dikerah berkhidmat dengan kerajaan baru.

Negara kami kini dilanda virus batuk kering. Sejak cuaca sekejap sejuk sekejab kering menyebabkan virus ini sudah menular ke negeri negeri lain.

"Hai khair, what are you doing..?" – tegur Zulkarnaen kepada Khairiah.

"Ko nak apa..aku letih nak tidur..jangan ganggu aku.." - kata Khairiah kepada aku.

"Tadi aku pergi shelter 7. Dapat ini..ko nak tak..?" - kata Zulkarnaen memujuk. Dia lalu menunjukkan gelang manik kepada Khairiah.

"Ko curi apa pulak kat sana..malas aku nak layan..aku kata aku nak tidur..nak tidur la..!!" - tengking Khairiah kepada aku.

"Pemalas..ko bangun sekarang..waktu maghrib dah nak habis..masih tidur lagi.." - kata aku kepada Khairiah.

"Aku dah sembahyang..baru lepas makan ubat...sebab tu aku mengantuk..jangan ganggu aku.." - kata Khairiah dengan nada malas.

"Tolong lah jangan macam ni. Orang lain pun sakit jugak. Tapi tak tidur waktu maghrib. Ko tak hormat tuhan. Aku malas nak layan perangai ko ni. Cubalah kuat semangat sikit. Bangun. Buat kerja apa yang patut." - kata aku lagi sedih.

"Ok, my prince. Aku patuh..!!" - kata Khairiah mengeji.

"Adik, aku sayang ko. Ko satu satunya keluarga yang aku ada. Tolong kuat semangat. Kalau ko tak ada aku pun tak ada." - aku menanggis melihat keadaan adik Khairiah sakit lagi.

"Aku tak mati lagi. Kenapa ko cakap macam tu..?" - kata Khairiah.

"Aku sayang ko Khair...macam adik aku.." - kata Zulkarnaen lagi.

"Okey..aku bangun sekarang..puas hati..!!" - kata Khairiah lagi.

Aku dan Khairiah lalu pergi ke tempat perhimpunan seari. Tempat dimana para perawat dan pekerja sukarelawan berkumpul. Kami membantu mereka apa yang patut. 

Aku dan Khairiah ditugaskan untuk membantu jururawat di sana membekalkan kelengkapan perubatan mereka dan juga membantu pesakit yang memerlukan rawatan.

Malam ini ramai pula pesakit batuk kering yang memerlukan rawatan intensif.  Kami diarah untuk membantu perawat bagi meringankan beban mereka. Adi pun turut serta dikerah untuk menjalankan tugas. Beban tugas malam ini memang cukup berat kerana mangsa yang perlu dirawat semakin ramai. Kemungkinan virus semakin merebak. Golongan ahli keamanan juga memantau di merata rata tempat termasuklah di shelter 7. 

Kami malam ini terpaksa bermalam di sini.

Kami menurut sahaja perintah berkurung ini sehinggalah ke pagi esok.

Malam ini sungguh dingin..sejuk yang kami rasa sampai ke tulang. Masing masing dibekalkan dengan baju sweater dan selimut. Bekalan makanan juga kami dapat dua kali ganda dari semalam. Kemungkinan perintah berkurung berlarutan sehingga ke esok hari.