Khamis, 5 Februari 2015

Diari 1: Yessa..Laptop lagi..

Pada beberapa bulan yang lepas saya sudah membeli laptop baru berjenama HP. Memang jenama yang saya suka. Walaupun orang selalu kondem jenama ini. Bagi saya jenama HP memang berbaloi untuk orang kebanyakan macam saya yang bukan bergaji besar pun.

Saya beli pun sebab saya nak buat kerja secara online dan kertas kerja sahaja. Bukan nak bergaya dengan laptop baru. 

Ada orang sukakan tablet untuk bekerja. Saya pula lebih prefer kepada laptop. Sebab dengan laptop saya boleh edit grafik..buat web page update blog dan bermacam macam lagi.

Kami sebagai student komputer memang memerlukan laptop lebih daripada tablet.
Zaman sekarang laptop bukan lagi sama  seperti dulu. Ada laptop yang jenis boleh pusing ke belakang. Ada yang laptop yang boleh diintegrated dengan tablet. Bahasa operating system ia pun dah bertambah sekarang ini. Dengan android pun kita boleh buat kerja menulis. Bukan sahaja menulis malah boleh mengedit gambar. Laptop pula sekarang ini beratnya sudah lebih ringan sedikit daripada dulu. Baterinya pun tidak cepat panas dan tahan lama.

Saya teringat zaman belajar dahulu. Kami waktu itu tak kenal pun lagi laptop. Masing masing pelajar IT ada seorang sebiji komputer di bilik asrama masing masing. Huhu..kalau balik kampung rasa haru sangat sebab kena usung kehulu kehilir mother board kita orang..huhuhu..terkenang kisah yang lalu..Malah masa presentation masing masing kena bawa komputer peribadi masing masing  tau untuk buat presentation. Tak boleh pinjam pinjam. 

Sekarang, tengok anak anak muda pun dah pandai guna tablet. Mak bapak nya kaya. Anak pun diajar main android. Angry bird la katakan. Huhu..

Kalau boleh, saya rasa jangan terlalu manjakan anak anak dengan barangan elektronik. Sebab nanti anak anak tak pandai untuk bergaul. Cuba ajar anak anak berkawan dengan rakan sebaya mereka. Ini boleh membantu anak anak untuk pandai bergaul malah pandai berdikari. Huhu..bukan maksud nak mengajar..saya pun masih single..tak ada pengalaman pun mendidik anak.

Saya rasa kalau ibu bapa melatih anak anak dengan memberi lebih kasih sayang..biarkan mereka bergaul dengan rakan di sekolah..didik anak anak dengan al quran..bersukan..saya rasa anak anak tidaklah menjadi terlalu manja dengan perkakasan elektronik. 

Saya rasa cara didikan dari awal lagi semasa masih lagi usia bayi anak anak boleh di didik dengan memperdengarkan bacaan al quran. Beri kasih sayang bukan hanya ibu malah bapa pun memainkan peranan. Anak anak bila besar tidaklah menjadi terlalu degil. Pupuk anak anak cintakan al quran. Roh anak anak akan menjadi lembut.

Oklah, dah lari dari tajuk asal la pulak. 

Nampaknya saya berhenti di sini dahulu bagi menghormati waktu azan maghrib. 

Wassalam.

HP Pavillion

3 ulasan:

  1. Waaa best la ada laptop baru ni..semangat la

    BalasPadam
  2. abe kie guna netbook acer aje. cukup utk buat kerja sek, melayari internet dan tengok movie/dengar muzik...

    BalasPadam