Selasa, 3 Februari 2015

Kenapa Lambat Jodoh


Kenapa lambat jodoh?

Kenapa tak ada sesiapa pun nak kat aku?

Persoalan Jodoh

Asyik-asyik di tanya begitu..


‟Awak,  bila nak kahwin…? Takkan tak ada pakwe lagi..muka chomel tapi tak kan tak ada orang yang  berkenan..? lihat aku ni dah ada anak..dah sekolah dah pun..awak bila lagi..”

Kesian..kejam betul.  Bukan salah kami kalau kami lambat berjumpa jodoh..jodoh itu di tangan tuhan..bukan bermaksud kami tak berusaha.

Takkan nak tangkap muat je..asalkan ada boleh lah..tak bolehkah kalau kami memilih. Ini untuk kebaikkan kami juga. Kami pentingkan kualiti tau..huhu..jangan marah ye..anggapan sahaja..

Kahwin cepat atau lambat itu ketentuan Tuhan. Kalau kami bertemu lelaki yang diidamkan tetapi ditakdirkan kami berpisah itu namanya jodoh bukan milik kita. Kenapa perlu bersedih. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Katakanlah kita berjumpa dengan hamba Allah ini..dia seorang yang budiman..baik tutur bahasa..lembut budi bicara..tetapi dia bukan milik kita..kita kena redha. Bukan milik kita. Mungkin Allah mahu tunjuk kepada kita bahawasanya mungkin jodoh kita suatu hari nanti lebih baik daripada hamba Allah ini.

Menurut kata YBrs. Dr Hj Fadhilah Kamsah, jodoh  tak datang itu mungkin disebabkan oleh faktor ini:

1) Usaha Belum Sempurna

Usaha sudah dibuat tapi belum cukup sempurna. Kita telah berusaha untuk mencari jodoh dan kita telah berhenti dalam usaha yang ke 99. Mungkin Allah ingin memberikan kita jodoh dalam usaha kita yang ke 100. Maksudnya mudah, kita perlu berusaha dan terus berusaha kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

2) Belum Benar-Benar Bersedia

Pasangan sudah ada  di depan mata, tapi belum benar-benar bersedia. Contoh orang yang benar-benar bersedia ialah dia merasakan seperti dirinya macam nak jadi suami orang, perempuan pula macam rasa nak jadi isteri.

Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.

Contoh lain dari sudut penampilan dan akhlak diri. Adakah sudah bersedia dari  segi mental dan fizikal? Ubah penampilan dan akhlak sesuai seorang suami. Ketika itu anda pasti merasakan anda telah benar-benar bersedia.

3) Tiada Daya Penarik

Diri kita ibarat besi berani atau magnet kepada pasangan kita mahupun orang lain. Cara tingkatkan "power" magnet ini ialah isi dengan cas positif iaitu tidak dengki atau marah dengan orang lain, sabar dan amalkan perkara-perkara mahmudah.

Banyakkan beristighfar kerana ianya boleh cuci segala karat dalam hati. Sedangkan Baginda Nabi Muhammad SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari. Inikan pula kita yang sentiasa buat dosa setiap hari!

InsyaAllah orang yang nak datang meminang itu Allah mudahkan hatinya untuk hadir dalam hidup kita. InsyaAllah..

4) Doa Tidak Makbul

Allah berkuasa untuk makbulkan doa hamba-Nya bila-bila masa sahaja. Antara faktor doa tertahan ialah kita masih berterusan melakukan dosa, rezeki belum berkat, zakat belum ditunaikan dan masih berdendam dengan orang.

Cepat-cepat kita bersihkan hati dan amalan agar Allah segera perkenankan segala permintaan kita untuk berjodoh!

5) Restu Ibu Bapa Belum Sempurna

Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak sempurna. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.

Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.

6) Faktor Metafizikal

Faktor metafizikal ini bermaksud faktor yang sukar untuk dijelaskan.

Contohnya terkena buatan orang, sihir dan sebaginya. Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.

Saya rasa apa yang Dr. Fadhilah Kamsah katakan itu mungkin benar. Yakin kepada Tuhan jodoh ada di depan mata kita..cuma si dia belum lagi bersedia untuk berjumpa dengan kita..sentiasa amalkan amalan sedekah kerana sedekah dapat membuka pintu rezeki. Ini menurut kata riwayat Nabi Muhammad SAW yang bersabda:


sumber dari Darussyifa Online




Tiada ulasan:

Catat Ulasan